Tular rakaman video memaparkan kejadian dua lelaki bergaduh di laluan bas ke Singapura di BSI, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Berang kerana memotong barisan menjadi menjadi punca pergaduhan antara dua lelaki di laluan bas ke Singapura di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerima video kejadian berkenaan yang tular pada pukul 3 petang tadi.

“Video berkenaan memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan dua individu. Pihak polis mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun.

“Kejadian berlaku di laluan bas masuk ke Singapura di BSI pukul 7 pagi tadi. Punca pergaduhan disebabkan salah seorang individu tersebut telah memotong barisan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, tular video memaparkan dua lelaki bergaduh di antara kedudukan dua buah bas, dalam insiden itu kedua-dua lelaki saling bertolak dan memukul antara satu sama lain dan bertengkar mulut.

Suasana tegang tersebut ditenangkan oleh beberapa individu dilokasi kejadian.

Raub berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gaduh gempar, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan video berkenaan dalam media sosial bagi mengelak sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Polis juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S Sivakumaran menerusi talian 019-5127410.

Dalam pada itu, Polis Johor Bahru Selatan memberi jaminan bahawa keselamatan awam akan sentiasa menjadi keutamaan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan selesai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here