ACP Naazron Abdul Yusof

KUALA LUMPUR – Polis menahan sepasang suami isteri yang juga pemilik dan penjaga sebuah rumah perlindungan kanak-kanak persendirian di Batu 9, Cheras, di sini hari ini selepas disyaki mendera penghuni premis itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata lelaki dan wanita berusia 66 dan 68 tahun itu ditahan pada 3.20 petang selepas polis bertindak atas maklumat dan siasatan, serta akan direman esok bagi siasatan lanjut.

Beliau berkata penahanan dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan pada 10.08 malam, 1 April lepas daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang mendakwa didera dengan cara dimarahi dan ditampar di pipi kiri oleh pemilik dan penjaga premis itu.

“Mangsa mendakwa didera atas alasan tidak mahu mendengar kata-kata pemilik dan penjaga rumah itu.

“Terdapat dua laporan polis yang turut dibuat saksi lain berkenaan tindakan pihak pemilik dan penjaga rumah perlindungan itu yang disyaki mendera emosi dan mental kanak-kanak yang menghuni tempat itu sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata kesemua 18 penghuni rumah perlindungan kanak-kanak itu kini diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut termasuk bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Kes katanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 manakala orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Insp R. Ravin menerusi talian 012-6269 250 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here