Situasi terkini selepas hujan lebat berterusan sejak jam 2 pagi tadi menyebabkan kawasan di Kampung Kuala Sungai Baru dan sekitarnya dinaiki air akibat limpahan air sungai Klang ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Putra Heights. Selangor. Foto HARI ANGGARA, 11 APRIL 2025

KUALA LUMPUR –  Bencana Tahap Satu diisytiharkan dan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berkuat kuasa serta-merta bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan banjir kilat pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling, Huzunul Khaidil Mohammed berkata, dua PPS itu adalah Dewan Kenanga MBSA, Seksyen 28 membabitkan mangsa dari Kampung Bukit Lanchong.

Menurut beliau, PPS kedua di Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 Shah Alam yang menempatkan mangsa dari Kampung Padang Jawa.

“PPS ini menempatkan mangsa yang terkesan akibat bencana banjir yang dikategorikan sebagai Bencana Tahap 1 di kawasan yang dimaklumkan dan yang berhampiran.

Sementara itu, EXCO Pengurusan Bencana negeri, Mohd Najwan Halimi, memaklumkan kepada media akan ke PPS di Sekolah Kebangsaan Seksyen 16 Shah Alam bagi meninjau keadaan mangsa yang ditempatkan di situ.

Terdahulu, media melaporkan hujan lebat sejak kira-kira pukul 2 pagi tadi mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di negeri ini terutamanya daerah Petaling, Klang, Sepang, Hulu Langat dan Gombak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here