Dua remaja maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dengan sebuah lori di Taman Bandar Gambir, Bukit Gambir, Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki melanggar sebuah lori yang diparkir di bahu jalan di Jalan Gambir 35/2, Taman Bandar Gambir, Bukit Gambir, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khalid Mohd Aris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.28 petang.

Berikutan itu ujarnya, seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha LC 135 dinaiki dua remaja tersebut melanggar belakang sebuah lori jenis Hino tujuh tan yang diparkir di bahu jalan.

“Dua mangsa, Muhammad Afiq Rusyaidi yang berusia 18 tahun dan Muhammad Farhan Danial Mohd Fauz berumur 17 tahun tidak tersepit namun meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mayat berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pukul 2.54 petang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here