BAITULMAQDIS – Israel telah membebaskan Ahmad Manasra pada Khamis, selepas ditahan dan dipenjara pada usia 13 tahun.
Beliau telah dihukum selama 10 tahun walaupun mahkamah Israel mengiktiraf dia tidak terlibat dalam cubaan membunuh askar Israel pada 2016.
Peguamnya Khaled Zabarqa berkata, Ahmad Manasra yang kini berusia 23 tahun telah disatukan dengan keluarganya.
“Ahmad telah menyelesaikan hukuman 10 tahun dan dia adalah seorang yang bebas sekarang.
“Pihak berkuasa Israel telah mengenakan sekatan ke atas keluarga itu setakat mengadakan majlis selamat datang untuk Ahmad atau bercakap dengan media,” kata Zabarqa..
Ahmad Manasra ditangkap dan dipenjarakan pada 2015 selepas ditangkap bersama sepupunya Hassan yang menikam dua warga Israel di Baitulmaqdis Timur.
Hassan mati ditembak di tempat kejadian manakala Manasra digilis sebuah kereta.
“Keadaan fizikal dan perubatannya sangat sukar kerana dia mengalami kecederaan kepala dan kesihatan mental fisiologi kerana dia berada dalam kurungan bersendirian dan telah menjalani soal siasat keras ketika dia masih kecil,” kata peguamnya.
Kes Manasra mendapat perhatian antarabangsa selepas muncul video orang ramai yang menjerit memakinya selepas kejadian itu semasa dia terbaring tidak bergerak, cedera parah dan menangis.
Rakaman lain didakwa menunjukkan pegawai Israel menyoal siasat Manasra di bawah tekanan kerana dia kelihatan goyah dan terterkan, menurut Persatuan Tahanan Palestin.
Dia dijatuhi hukuman 12 tahun kerana cubaan membunuh pada 2016, walaupun mahkamah Israel mengiktiraf dia tidak terlibat dalam tikaman itu, tambah Persatuan Tahanan Palestin.
Hukumannya disemak semula kepada sembilan setengah tahun berikutan rayuan pada 2017
Kumpulan antarabangsa telah berulang kali meminta pihak berkuasa Israel agar dia dibebaskan selama bertahun-tahun atas kebimbangan mengenai rawatannya dan dilanjutkan tinggal dalam kurungan bersendirian, ditambah pula dengan masalah kesihatan mental dan diagnosis skizofrenia. – Agensi