Air mula naik selepas hujan dan ribut di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam sejak 2 pagi pada 11 April 2025.

SHAH ALAM – Stiap kali hujan lebat, penduduk Taman Sri Muda di Shah Alam, Selangor tidak merasa tenang akibat teringat banjir besar yang melanda kawasan itu kira-kira empat tahun lalu.

Menurut seorang penduduk, Sundary Chandrasekaran, setiap kali hujan turun mereka sekeluarga berjaga sepanjang malam bagi memantau paras air tidak memasuki kediaman mereka.

“Sejak banjir 2021, kami memang hidup dalam trauma. Setiap kali hujan, kami tak lena tidur. Kami berjaga, takut air naik tiba-tiba,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Berikutan hujan lebap pada jam 2 pagi tadi, difahamkan penduduk mula memindahkan kenderaan masing-masing ke kawasan lebih tinggi seperti di belakang rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

Sundary berkata, sebelum keadaan menjadi lebih buruk, ada antaranya penduduk di situ keluar dari kawasan tersebut.

“Kami dah buat aduan berkali-kali kepada pihak MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) dan wakil rakyat. Tapi masalah kami di sini macam tak dipandang langsung macam anak tiri,” ujarnya.

Sundary mendakwa aduan dilakukan kerana banjir bukan pertama kali berlaku di Taman Sri Muda dan setakat ini tiada tindakan serius diambil oleh pihak berkuasa.

“Setiap tahun kami lalui perkara sama, tapi masih tiada penyelesaian. Bila air dah naik, baru semua nak turun padang. Waktu kami perlukan tindakan awal, semua diam,” Katarnyanya.

Sementara itu, Pirakas Sabapathy memberitahu, beliau berdepan detik cemas apabila air mula memasuki rumahnya awal pagi tadi.

Keadaan menjadi lebih mencabar kerana ibunya adalah individu bersatutus Orang Kurang Upaya (OKU) yang mempunyai masalah mobiliti.

“Hari ini betul-betul tertekan, ini kali pertama air masuk rumah sejak banjir besar 2021. Bunyi penggera mula kedengaran dan air terus naik dengan cepat,” katanya.

Atas faktor keselamatan, Pirakas terpaksa memindahkan ibunya ke rumah adik perempuannysa di Rimbayu buat sementara waktu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here