Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA) FC menyeru agar penyokong setianya untuk hadir ke Stadium Darul Aman, Kedah bagi menyaksikan perlawanan terakhir mereka di laman sendiri musim ini.

Perlawanan terakhir Sang Kenari dalam saingan Liga Super 2024 akan menyaksikan pasukan itu berdepan cabaran sengit menentang Sabah FC malam esok.

Menerusi sebuah hantaran video penuh emosi di TikTok, Kedah mengajak semua peminat untuk memeriahkan perlawanan terakhir ini.

“Marilah, jenguk kami di stadium 12 April ini, last home game musim ini, last home game, last… kami teringin nak tengok stadium penuh… last,” tulisnya.

Apa yang menjadi tanda-tanya sama ada ia adalah aksi terakhir Sang Kenari dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) atau tiada lagi perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman selepas ini.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mendakwa Kedah mungkin akan meninggalkan Liga M, namun status tersebut masih belum jelas.

Akhir bulan lalu, barisan pemain serta pegawai pasukan Kedah  menarik nafas lega setelah menerima sumbangan keseluruhan RM200,000 menerusi Tabung Aidilfitri Pemain Bola Sepak Kedah.

Tabung berkenaan diusahakan oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu meringankan beban para pemain dan pegawai menjelang sambutan Aidilfitri ini.

NGO berkenaan ialah Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) dan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here