Ketua Polis Jempol Supt Hoo Chang Hook

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia malam tadi selepas enam hari bertarung nyawa di Hospital Kuala Pilah, di sini, akibat kemalangan pada 4 April lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hoo Chang Hook berkata, pelajar Politeknik Merlimau, Melaka berusia 20 tahun itu, disahkan meninggal dunia pada 11 malam semasa menerima rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Beliau berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira 7 malam di Kilometer 3 Jalan Bahau-Juasseh apabila motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang mangsa berlanggar dengan sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Insiden berlaku ketika kereta dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun itu telah keluar dari simpang sebelah kiri untuk menghala ke Pekan Bahau menyebabkan penunggang motosikal dari arah Bahau itu tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan kereta.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Kuala Pilah untuk menerima rawatan manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak polis meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Inspektor Mohd Amirul Syafiq Mohd Yusof,  di talian 016-2348669 bagi membantu siasatan.

Hoo berkata, kes disiasat mengikut seksyen 41(1) APJ 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here