Civilians check the site of an Israeli strike in a residential area at Tuffah neighbourhood, east of Gaza City, on December 26, 2024, amid the ongoing war between Israel and the Palestinian Hamas movement. - The health ministry in Hamas-run Gaza said on December 26, that 38 people had been killed in the Palestinian territory in the past 24 hours, taking the overall war death toll to 45,399. (Photo by Omar AL-QATTAA / AFP)

GAZA -Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa arahan pemindahan terbaharu oleh Israel semakin mengecilkan ruang untuk rakyat Palestin berteduh di Gaza sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku.

Jurucakap PBB, Stéphane Dujarric berkata, Israel telah mengeluarkan dua arahan pemindahan baharu melibatkan kawasan luas di bahagian utara dan selatan Gaza.

“Beberapa fasiliti perubatan serta tapak penyimpanan bekalan penting berada dalam zon pemindahan yang baharu ditetapkan ini,” katanya pada sidang media, semalam

Dujarric turut bimbang dengan perkembangan itu yang boleh membawa kesan yang mengancam nyawa.

“Dengan perkembangan terkini, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan lebih dua pertiga daripada Jalur Gaza kini berada di bawah arahan pemindahan aktif atau ditandakan sebagai zon larangan.

“Keadaan ini menyebabkan rakyat Palestin hanya mempunyai kurang daripada satu pertiga kawasan Gaza untuk didiami dan kawasan yang masih tinggal itu pula sukar diakses,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here