Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Pusat Konvensyen PICCA@Arena, Pulau Pinang hari ini.

BUTTERWORTH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa rakyat perlu mengutamakan perpaduan dan keharmonian demi mengekalkan keamanan negara yang telah lama dikecapi.

Jelas beliau, Malaysia merupakan antara negara unik yang mempunyai kepelbagaian kaum, namun rakyatnya masih mampu hidup dengan aman dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Orang Melayu, Cina, India dan orang asli hidup dengan penuh kasih sayang dan hormat-menghormati.

“Ini menunjukkan hubungan kaum di peringkat rakyat sebenarnya baik dan tidak tegang seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

Anwar.

“Masalah hanya timbul apabila terdapat segelintir ahli politik yang ketandusan idea dan cuba menanam kebencian antara kaum demi kepentingan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen PICCA@Arena, di sini hari ini.

Tambah Anwar, Pulau Pinang wajar dijadikan contoh dalam membina hubungan harmoni antara pelbagai kaum kerana rakyatnya mampu duduk semeja tanpa sebarang rasa prasangka.

“Kita lihat sendiri, ribuan rakyat dari pelbagai kaum boleh makan bersama tanpa ada rasa iri hati atau permusuhan. Ini kekuatan kita yang tidak ada pada banyak negara lain.

“Justeru kita menyeru rakyat agar terus menumpukan kepada pembangunan negara, kerana kestabilan politik dan keharmonian kaum mampu membawa pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, terutamanya di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Selangor, Sarawak dan Sabah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here