Logo Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga suspek kes curi kabel ERL di kawasan Bandar Baru Salak Tinggi dan Dengkil antara jam 5 pagi hingga 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, suspek merupakan tiga lelaki tempatan berusia 25 tahun hingga 50 tahun.

Katanya, suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah.

“Pihak polis dalam tindakan usaha mengesan rakan sejenayah yang masih bebas.

“Dengan tertangkap suspek ini, pihak polis dapat menyelesaikan tiga kes kecurian kabel ERL di dalam daerah Sepang,” katanya.

Tambah Norhizam, polis turut merampas empat buah telefon bimbit, dua helai baju, dua helai seluar, dua pasang selipar, dua motosikal, dan dua buah topi keledar.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379/447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 379, tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manakala hukuman bagi Seksyen 447 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here