Penyampaian sumbangan kepada para penuntut IPT yang menetap di Putra Heights.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 37 mahasiswa institusi pengajian tinggi yang kehilangan harta benda akibat insiden kebakaran di Putra Heights telah menerima kemudahan berupa komputer riba daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu memudahkan urusan pembelajaran dan komunikasi.

MCMC juga akan menyediakan peranti telefon bimbit kepada ketua isi rumah yang terlibat serta komputer riba kepada sekolah-sekolah yang terkesan di sekitar Putra Heights.

Pemberian kemudahan ini akan disampaikan secara berperingkat dalam tempoh yang terdekat.

Secara keseluruhannya, MCMC akan mengagih sejumlah 302 unit komputer riba (37 unit kepada mahasiswa dan 265 unit kepada sekolah) serta 620 unit telefon bimbit kepada setiap isi rumah yang terkesan.

Pemberian tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin  Shari semasa lawatan beliau bersama wakil Kementerian Komunikasi dan MCMC ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, baru-baru ini.

Hadir sama Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran.

MCMC berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mangsa khususnya dalam urusan pembelajaran, perkhidmatan dalam talian serta perhubungan komunikasi yang penting terutamanya dalam situasi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here