Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Datuk Seri Amirudin Shari antara yang mengeakalkan kerusi ketua cabang di kawasan masing-masing.

Rafizi yang mempertahankan kerusi itu bagi kali ketiga tidak berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Pandan apabila mengalahkan pencabarnya dengan perbezaan jumlah undi hampir sekali ganda.

Berdasarkan maklumat dalam laman sesawang Pemilihan 2025 PKR, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi memperoleh sebanyak 883 undi manakala pesaingnya, Shahrom Musa hanya mampu berpuas hati dengan 444 undi.

Dengan keputusan berkenaan, Ahli Parlimen Pandan itu berjaya mempertahankan jawatan Ketua Cabang selama tiga penggal di kawasan terbabit sejak pemilihan sesi 2018.

Rafizi tidak berdepan laluan sukar untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Cabang Pandan apabila mengalahkan pencabarnya dengan perbezaan jumlah undi hampir sekali ganda.

Tuah yang sama turut diterima Amirudin apabila kekal sebagai Ketua Cabang Gombak apabila menang tanpa bertanding.

Amirudin mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Cabang PKR Gombak bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2025 hingga 2028.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkhidmat sebagai Ketua Cabang Gombak sejak 2022.

Tiga negeri mempunyai keputusan rasmi hari ini iaitu Selangor, Perlis dan Melaka diikuti Kedah semalam.

Tiga lagi negeri yang mengadakan sesi pengundian hari ini adalah bagi Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here