Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua kanan) bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri di Sri Satria, Putrajaya. Foto HARI ANGGARA, 13 APRIL 2025.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meluangkan masa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Lebaran Kasih yang dianjurkan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Sri Satria, hari ini.

Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Sri Satria pada jam 7.57 malam dan disambut Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, serta isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

Majlis untuk tetamu kenamaan dan jemputan khas bermula sejak jam 8 malam itu turut dihadiri anggota Jemaah Menteri termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Anwar dan Ahmad Zahid turut meluangkan masa menyantuni tetamu yang hadir tersebut. 

Kedua-dua mereka sempat menghulurkan duit raya kepada 25 anak-anak daripada Pusat Jagaan Anak-anak Insan Al Rahmat Hikmah dari Ampang.

Dianggarkan seramai 20,000 hadirin datang memeriahkan majis rumah terbuka di Sri Satria yang merupakan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here