KUALA LUMPUR – Masalah brek punca pemandu lori melanggar 15 buah kenderaan yang berada di kiri dan kanan jalan di jalan susur Tol Serenia menghala ke Cyberjaya di Sepang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan G. Shan Gopal berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di Bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang mempunyai maklumat diminta membantu pihaknya.
Pada kejadian pukul 3.30 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan dan hanya melibatkan kerosakan kenderaan.
Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Polis Ibupejabat Polis Daerah Sepang atau Inspektor Muhamad Haziq Ab Karim di talian 017- 9076260. – MalaysiaGazette