UTM merekodkan tahap 100 peratus bagi kadar kebolehpasaran graduan serta kadar bekerja graduan bagi 2024.

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merekodkan 100 peratus bagi kadar kebolehpasaran graduan (GM) serta 100 peratus bagi kadar bekerja graduan (GE) bagi tahun 2024.

Naib Canselor UTM, Prof Dr  Mohd Shafry Mohd Rahim berkata, pencapaian tersebut mengatasi kadar purata kebangsaan dilaporkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu 92.5 peratus untuk GE.

“Prestasi ini sekali gus membuktikan keberkesanan pendekatan UTM dalam melahirkan graduan berkualiti dan bersedia menghadapi pasaran kerja.

“Mulai 2024, KPT telah memperkenalkan dua indikator iaitu GE bagi graduan bekerja dan GM bagi tahap kebolehpasaran graduan. Pendekatan ini menekankan data sebenar tentang keberadaan graduan dalam pasaran kerja.

“Kejayaan UTM mencerminkan usaha berterusan dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi serta memperkukuh jalinan dengan industri. Graduan kami bukan sahaja mendapat kerja, malah ramai antara mereka menjadi peneraju dalam bidang masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MohdbShafry berkata, UTM komited menyediakan peluang pembelajaran berimpak tinggi terhadap semua graduan dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti diperlukan negara pada masa depan.

Jelasnya, ini termasuk latihan industri di syarikat serta institusi dalam dan luar negara, pembangunan kemahiran insaniah serta program keusahawanan yang menyeluruh bagi memperkasa kebolehpasaran graduan.

“UTM komited untuk menjadi peneraju dalam menginsankan sains, teknologi dan kejuruteraan demi masa depan yang mampan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here