Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang warga emas dibantu orang ramai selepas motosikalnya hampir dibawa arus di jalan masuk Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang warga emas nyaris dihanyutkan arus selepas motosikal ditunggang terjatuh dan dibawa air deras ketika mengharungi banjir di jalan masuk Felda Air Tawar 3 di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian tersebut yang tular dalam media sosial berlaku pada pukul 2.20 petang dalam keadaan hujan lebat.

“Gambar viral tersebut adalah seorang peneroka Felda Air Tawar 3 yang cuba melintas jalan menaiki motosikal mengharungi air yang melintasi jalan.

“Tiba-tiba motosikal miliknya terjatuh dibawa air yang deras. Walau bagaimanapun beliau telah dapat diselamatkan oleh orang ramai yang ada di situ waktu kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Yusof, tiada sebarang laporan polis diterima dan juga tiada sebarang insiden yang lain berlaku setakat ini.

Buat masa sekarang, katanya, jalan berkenaan sudah boleh dilalui semua kenderaan kerana air telah surut sepenuhnya.

“Kejadian air melintasi jalan adalah sentiasa berlaku setiap kali hujan lebat di kawasan tersebut,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here