Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyerahkan sumbangan Tabung Bantuan Bencana untuk mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights di LRT Putra Heights. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 APRIL 2025

SUBANG JAYA – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan beliau ‘suka’ akan karikatur beliau yang dibawa pada penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu lepas.

Anthony dengan nada sinis berkata reka bentuk karikatur itu amat menarik perhatian beliau dan berterima kasih kepada penyokong Perikatan Nasional (PN).

“Saya pun suka reka bentuk, jadi terima kasih kepada mereka sebab ia menjunjung gambar saya.

“Walaupun saya tak hadir hari penaman calon (pada Sabtu) mereka menjunjung gambar saya seolah-olah mereka penyokong saya,” katanya selepas program penyerahan Bantuan Bencana Putra Heights oleh DAP, di LRT Putra Heights, hari ini.

DAP hari ini menyumbang RM935,000 kepada mangsa-mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, di sini, 1 April lalu.

Parti itu menyalurkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada penduduk yang kehilangan kediaman dan RM2,000 kepada penduduk yang kediaman mereka separa musnah.

Pada Sabtu lalu, penyokong PN memegang sepanduk yang memaparkan karikatur dipercayai Anthony dan Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan emoji ketawa ketika mengiringi calon, Abd Muhaimin Malek ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Merdeka.

Perbuatan itu dikritik pemimpin DAP antaranya Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang menyifatkannya sebagai pendekatan politik tidak matang.

Menurut Kor Ming, sindiran menerusi karikatur wajah Anwar dan Anthony Loke itu tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here