YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri, 14 April, 2025. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA – ASEAN mengamalkan pendekatan mengangkat kedudukan ekonomi serantau bagi pertumbuhan ekonomi yang selesa kepada semua demi keamanan dan kemakmuran rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana sekiranya terdapat negara anggota ASEAN yang terpencil, tertinggal dan terpinggir, ia akan membebankan negara-negara jiran lain.

“Umpamanya pertelingkahan di Myanmar. Tak selesai, masalah Myanmar – 200,000 orang Rohingya datang ke Malaysia, tak selesai masalah itu…kerana rundingan antara ASEAN dengan mereka (Myanmar) itu agak terbatas.

“Jadi perlu ada kebijaksanaan untuk kita rangkul kekuatan bersama,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata antara kerjasama penting yang sedang digerakkan di peringkat ASEAN termasuk dalam aspek kastam dan imigresen yang antaranya bertujuan memperkemas laluan sah perdagangan dan pergerakan rakyat antara negara berjiran. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here