Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin

IPOH – Polis dijangka merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad minggu ini berhubung dakwaan wujud ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang di sini, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata bagaimanapun pihaknya tidak menetapkan sebarang masa atau tarikh tertentu kepada ADUN berkenaan untuk memberi keterangan.

“Kita faham beliau juga sedang sibuk berkempen (Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning). Diharapkan beliau akan datang kepada pihak kita untuk dirakam keterangan minggu ini,” katanya pada sidang media di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di sini hari ini.

Beliau berkata lapan saksi telah tampil memberi keterangan dan pihaknya sedang mengesan saksi lain yang dikatakan melihat kejadian itu sebagaimana dalam rakaman video yang tular.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sungai Siput antara DSP Rohai Zimi Rozali dengan pemangkunya Supt A.W Charan serta Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya dengan pemangkunya DSP Mohd Fadzil Ismail.

Semalam Noor Hisam dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kes itu daripada seorang lelaki pada 12.28 tengah hari yang mendakwa berlaku kekecohan dalam jamuan majlis hari raya di Dewan Komuniti Taman Indah di sini.

Muhammad Arafat semalam menafikan tuduhan berkenaan dan turut membuat laporan polis mengenainya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here