Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bercakap pada sidang media selepas selesai menyerahkan sumbangan Tabung Bantuan Bencana untuk mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights di LRT Putra Heights. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 APRIL 2025

SUBANG JAYA – DAP akan menyerahkan kepada pihak peguam parti itu susulan penahanan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui hari ini kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan terhadap kebun durian di Raub, Pahang baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook berkata, peguam DAP sedang menguruskan perkara itu dan terdapat kehadiran peguam bersama Yui Hui ketika proses proses mengambil keterangan.

“Saya maklum dia baharu sahaja ditahan hari ini,” katanya dalam sidang media selepas program penyerahan Bantuan Bencana Putra Heights oleh DAP, di LRT Putra Heights, hari ini.

Sebelum ini Yu Hui yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (SAMKA) dilaporkan akan dipanggil dalam bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, polis menerima tiga laporan dibuat pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), pihak polis dan badan bukan kerajaan (NGO).

Media sebelum ini melaporkan pekebun didakwa menghalang laluan dengan membawa kain rentang bagi menunjukkan ketidakpuasan hati kerana penguat kuasa memusnahkan tanaman durian yang berusia puluhan tahun, namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang insiden.

Kerajaan Pahang menafikan telah melanggar perintah mahkamah apabila menebang kira-kira 200 pokok durian Musang King dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast