Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyerahkan sumbangan Tabung Bantuan Bencana untuk mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights di LRT Putra Heights. Foto MUHAIMIN MARWAN, 14 APRIL 2025

SUBANG JAYA – Nada berbeza dizahirkan kepimpinan DAP berhubung kerjasama dengann Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, masih belum ada kata putus berhubung kerjasama dengan BN Sabah, buat masa ini.

Loke berkata, segala ketetapan mengenai kerjasama itu akan dibincangkan dalam mesyuarat rasmi parti gabungan terbabit dalam masa terdekat.

“Kita akan bincangkan bentuk kerjasama yang akan dijalinkan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Sabah nanti. Tapi buat masa ini belum ada (perbincangan) secara rasmi lagi. Nanti kita akan putuskan,” katanya selepas program penyerahan Bantuan Bencana Putra Heights oleh DAP, di stesen LRT Putra Heights, hari ini.

Loke berkata demikian mengulas pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bahawa parti itu telah memutuskan kerjasama dengan PH Sabah bagi menghadapi PRN Sabah ke-17.

Bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya, di Sabah, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, perkara itu dimuktamadkan pada pemukiman UMNO Sabah akhir tahun lalu.

Katanya, perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin PH Sabah juga sudah beberapa kali diadakan dan ia akan disusuli perbincangan secara rasmi dalam masa terdekat berikutan jangkaan PRN17 yang sudah semakin dekat.

Malah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, belum ada keputusan rasmi dicapai bagi mewujudkan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menghadapi PRN  Ke-17 Sabah.

Ahmad Zahid berkata, buat masa ini, rundingan masih dilakukan dengan pelbagai pihak.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk dengan pelbagai gabungan parti-parti politik di Sabah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here