Bendera Negeri Pahang digantung separuh tiang pada 16 April 2025

KUANTAN – Bendera Negeri Pahang Darul Makmur akan dikibarkan separuh tiang esok bagi menzahirkan penghormatan atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk  Nazri Abu Bakar berkata, penghormatan itu  dititahkan perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

”Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, adalah dimaklumkan bendera Negeri Pahang Darul Makmur hendaklah dikibarkan separuh tiang pada 16 April 2025 (Rabu) bagi menzahirkan penghormatan atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada 14 April 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

May be an illustration of blueprint and text that says "KENYATAAN MEDIA YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG PENGIBARAN BENDERA NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR SEPARUH TIANG Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad adalah bahawa Pahang Darul Makmur <murhendaklah dikibarkan separuh tiang pada 16Apri 2025 (Rabu) bagi penghormatan atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada 14 April 2025. Sekian, terima kasih. DATO' INDERA NAZRI BIN ABU BAKAR YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG 15 April 2025 1/1"

Allahyarham meninggal dunia pada usia 86 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 7.10 malam semalam akibat komplikasi pernafasan selepas dimasukkan ke wad sejak Ahad lalu.

Jenazah Perdana Menteri kelima itu selamat dikebumikan dengan penuh istiadat penghormatan negara di Makam Pahlawan Masjid Negara, pada jam 2.30 petang tadi.

Allahyarham disemadikan bersebelahan makam Perdana Menteri Ketiga, Allahyarham Tun Hussein Onn.

Allahyarham Abdullah mengetuai kerajaan dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast