Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi banyak menabur jasa dan memberi bantuan kepada pesakit kanser di negara ini.

Malah, kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, di bawah naungan allahyarham yang kehilangan isterinya isteri, Datin Seri Endon Mahmood akibat kanser payudara pada tahun 2005, sebuah tapak berkeluasan 1,065 ekar yang terletak di Presint 7, Putrajaya telah dikenal pasti dan diluluskan untuk pembangunan Institut Kanser Negara.

Menurut beliau, ia merupakan sebuah institusi perubatan kanser yang dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser.

“Penubuhan Institut Kanser Negara adalah bertujuan bagi menangani segala keperluan yang semakin meningkat berkaitan dengan isu-isu kanser dalam negara.

“Lokasinya yang strategik bersebelahan dengan Hospital Putrajaya dan Putrajaya Sentral,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau.

Menurut Dr. Noor Hisham, ketika itu beliau diberikan wasiat dan tanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan Institusi Kanser Negara demi untuk manfaat orang ramai.

“Tun Abdullah banyak berjasa dalam pembangunan modal insan di KKM dan memberi bantuan kepada pesakit kanser,” katanya.

Tun Abdullah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pada pukul 7.10 malam tadi.

Penghormatan terakhir kepada jenazah bekas Perdana Menteri itu berlangsung pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Jenazah kemudian akan disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Negara sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Allahyarham yang dikenali sebagai Pak Lah merupakan Perdana Menteri Kelima dan menjawat jawatan tersebut dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here