Pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergelar Datuk Seri berusia 61 tahun dibawa penguat kuasa SPRM ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini untuk permohonan reman selama enam hari sehingga 20 April ini.

MELAKA – Seorang pemimpin kanan parti Bersatu bergelar Datuk Seri ditahan Suruhanjaya Pencerahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan menerima suapan berhubung kontrak kerja tambakan laut di Melaka berjumlah RM44 juta sejak lima tahun lalu.

Majistret Sharda Sheinha Mohamed Suleiman membenarkan perintah reman enam hari terhadap suspek berusia 61 tahun yang juga pengarah sebuah syarikat sehingga 20 April ini.

Menurut sumber, suspek didakwa menerima suapan dalam bentuk harta termasuk empat kenderaan mewah sebagai timbal balik projek tambakan laut ketika memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Negara sebelum ini.

Terdahulu suspek tiba di Kompleks Mahkamah Melaka, Air Keroh menaiki kenderaan khas SPRM pada jam 9 pagi.

Suspek ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada pukul 4.55 petang semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here