Mohd Razlan Muhammad Rafii

KUALA LUMPUR – Tindakan tidak bertanggungjawab oleh pihak Sin Chew Daily yang telah menyiarkan imej Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit sama sekali tidak boleh diterima, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii.

Katanya, tindakan itu tidak masuk akal kerana Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan, perpaduan dan perjuangan rakyat Malaysia menentang penjajahan. Ia bukan sekadar kain berjalur, tetapi panji yang membawa maruah negara.

“Tidak masuk akal jika mereka yang bekerja di Sin Chew Daily langsung tidak mengenali rupa sebenar Jalur Gemilang; melainkan mereka sendiri sudah hilang semangat nasionalisme.

“Jalur Gemilang adalah simbol kontrak sosial kita. Di dalamnya tersemat semangat Perlembagaan, kesepakatan kaum dan identiti negara. Hilangnya satu elemen; hilanglah maksud dan makna kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru itu, Razlan berkata tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pengurusan Sin Chew kerana boleh dianggap satu pengkhianatan kepada negara.

“Maka tindakan seumpama ini tidak boleh dilihat sebagai perkara remeh – ia adalah pengkhianatan terhadap simbol negara. Ini bukan kali pertama dan untuk itu, tiada lagi ruang untuk dimaafkan.

“Satu tindakan tegas wajar dikenakan terhadap editor yang bertanggungjawab dan dicadangkan lesen penyiaran Sin Chew Daily ditarik serta-merta sebagai amaran keras kepada mana-mana pihak yang mempermainkan lambang negara.

“Jalur Gemilang bukan sekadar bendera. Ia adalah darah perjuangan, lambang perpaduan dan semangat sebuah negara merdeka. Ia tidak boleh dipermainkan,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat akhbar Sin Chew Daily telah memohon maaf atas ilustrasi di muka depannya yang mempunyai kesilapan apabila Jalur Gemilang tidak mempunyai anak bulan.

Dalam satu kenyataan, akhbar berbahasa Cina itu mengaitkannya dengan “kesilapan teknikal”.

Ia berkata, versi digital ilustrasi itu telah dipinda serta-merta, dan versi yang dipinda akan diterbitkan semula hari ini dalam cetakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here