Dari kiri Aminolhuda, Izhar dan Naib Pengerusi Amanah Johor, Dr Zuhan Zain.

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor hari ini melantik bekas Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Izhar Ahmad sebagai bendahari baharu dalam pentadbiran parti tersebut.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pelantikan tersebut berkuat kuasa serta merta dan keputusan itu dibuat berdasarkan pengalaman dimiliki Izhar.

“Amanah Johor melihat kepentingan dalam pengalaman dimiliki Datuk Izhar sebagai asas bagi memperkuatkan parti dalam mendepani cabaran dalam berhadapan dengan pilihan raya serta mendepani isu-isu semasa dalam memperkukuhkan Kerajaan Madani di negeri ini.

“Datuk Izhar yang juga merupakan bekas Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini menyatakan hasrat untuk menyertai parti Amanah selepas terdapat beberapa kekeliruan yang berlaku dalam parti yang disertainya sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Amanah Johor berbesar hati dengan semangat dan iltizam Izhar yang mahu meneruskan usaha bagi memperkuatkan parti itu sekali gus membawa obor perjuangan Kerajaan Madani sebagai asas matlamat beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading berharap lantikan itu dapat memperkuatkan lagi struktur pengurusan parti tersebut di negeri ini dan mampu untuk membantu Pakatan Harapan (PH) di Johor.

Izhar sebelum ini yang mewakili parti Bersatu merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin 2018-2022.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor mengambil Keputusan keluar Bersatu pada 28 Januari 2022.

Keputusan tersebut diambil pada masa itu kerana mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here