Mohamad Khakem Senan

SEGAMAT – Akhbar Sin Chew Daily yang menyiarkan imej Jalur Gemilang tanpa lambang bulan sabit boleh disifatkan satu penghinaan terhadap kedaulatan negara.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labis, Mohamad Khakem Senan berkata, simbol itu juga melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan dan merupakan salah satu identiti penting negara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Lambang bulan sabit pada Jalur Gemilang bukan sekadar elemen grafik tetapi melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan. Ketiadaan bulan sabit pada bendera yang disiarkan bukan sahaja satu bentuk kecuaian, tetapi boleh ditafsir sebagai satu penghinaan terhadap kedaulatan, identiti dan perpaduan negara,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu pihaknya menuntut permohonan maaf secara terbuka oleh pihak akhbar Sin Chew Daily kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, siasatan segera oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Dalam Negeri untuk mengetahui bagaimana insiden itu boleh berlaku.

Tindakan tegas dan sewajarnya perlu dikenakan terhadap individu atau pihak yang bertanggungjawab atas kesilapan ini.

“Pemuda UMNO Bahagian Labis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencemarkan simbol kebanggaan negara. Kami berdiri teguh mempertahankan Jalur Gemilang sebagai lambang perpaduan dan maruah Malaysia,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat akhbar Sin Chew Daily telah memohon maaf atas ilustrasi di muka depannya yang mempunyai kesilapan apabila Jalur Gemilang tidak mempunyai anak bulan.

Dalam satu kenyataan, akhbar berbahasa Cina itu mengaitkannya dengan ‘kesilapan teknikal’ dan berkata, versi digital ilustrasi itu telah dipinda serta-merta dan versi yang dipinda akan diterbitkan semula hari ini dalam cetakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here