Azrol (tiga dari kiri) membuat laporan polis terhadap individu bernama Karenan Ponnusamy kerana telah membuat hantaran menghina kesucian agama Islam di laman sosial miliknya.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa Kedah) membuat laporan polis terhadap individu bernama Karenan Ponnusamy kerana telah membuat hantaran menghina kesucian agama Islam di laman Facebook miliknya.

Ketua Penerangannya, Azrol Mansor berkata, laporan dibuat bagi menggesa pihak berkuasa serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun Facebook berkenaan.

Pada masa sama Perkasa turut menggesa kerajaan mengubal satu undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap individu yang sengaja menghina mana-mana agama di negara ini.

“Perkasa Kedah juga menolak sebarang permohonan maaf kerana bukan sekali dua isu menghina agama ini dibuat, tetapi sudah berkali-kali sehingga orang Melayu dan Islam hari ini sudah jemu dan bosan dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, Perkasa berharap semua rakyat Malaysia menghormati sensitiviti orang Melayu dan Islam di negara ini apatah lagi agama Islam adalah agama Persekutuan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

“Dan Perkasa berharap isu menghina mana-mana agama dapat dihentikan demi menjaga perpaduan kaum di negara Ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Semua bercakap berkenaan perlembagaan tapi tiada yang berani untuk melaksanakan hak2 perlembagaan itu sendiri. Menguatkuasakan undang2!

    Tanah2 diceroboh, kuil2 tokong2 dibina sesuka hati! Apa nak jadi dengan Malaysia?

  2. setakat cakap…sesiapa pun boleh sebab tidak memerlukan bayaran lepas tu tindakan masuk tanah…itu lah nasib Melayu yg semua pemerintah dari atas sampai tukang basuh pinggan melayu..

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here