Dua rakaman video sidang media oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan isu ‘kutty’ dimain semula di Mahkamah Tinggi ketika prosiding komital pada hari ini.
Ia susulan permohonan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku defendan yang mendakwa bekas Perdana Menteri itu menghina mahkamah kerana tidak menghormati dan mengganggu gugat sistem keadilan negara ketika sidang media tersebut.