KUALA LUMPUR – Datuk Dr Puad Zakarshi menyifatkan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi lambang kepimpinan berhemah dan matang dan wajar dicontohi, memang tepat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, Allahyarham Abdullah ‘akur bila didesak letak jawatan’.
Abdullah yang mesra dengan panggilan Pak Lah juga tidak pernah meninggalkan UMNO walaupun pernah berada dalam Team B.
“Dia tidak tubuh parti baru apa lagi mahu membunuh UMNO. Dia bukan tokoh autokratik sampai puluhan tahun mahu jadi Perdana Menteri. Betullah, contohilah Pak Lah,” kata Puad.
Menurut Puad lagi, Allahyarham tidak ada masalah letak jawatan sampai UMNO perlu diharamkan.
Malah, Allahyarham juga tidak pernah berusaha untuk jadi PM (perdana menteri) lagi setelah bersara, apatah lagi untuk jadi PM interim.
“Dia legasi yang dicontohi. Jangan contohi hipokrasi,” tambah Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu. – MalaysiaGazette
Tun Abdullah letak jawatan tanpa pertikai, itulah cara Malaysia – Tun M