Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti kepada rakyat dan tidak boleh diterima.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, sebagai rakyat, mengibarkan Jalur Gemilang perlu dilakukan dengan rasa megah dan memiliki semangat patriotik.

Baginda bertitah, bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara.

“Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.

“Kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit seperti disiarkan dalam muka hadapan di sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan boleh mencetuskan sensitiviti rakyat dan tidak boleh diterima,” titah baginda.

Titahnya, bendera bukan sekadar kain bercorak berwarna-warni tetapi mewakili perjuangan, sejarah erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.

Baginda bertitah, pihak pengurusan dan jabatan pengarang akhbar berkenaan seharusnya lebih peka dan menyemak sesuatu bahan siaran terlebih dahulu sebelum dicetak untuk siaran.

Terdahulu, media melaporkan syarikat akhbar Sin Chew Daily telah memohon maaf atas ilustrasi di muka depannya yang mempunyai kesilapan apabila Jalur Gemilang tidak mempunyai anak bulan.

Menerusi kenyataan, akhbar berbahasa Cina itu mengaitkannya dengan “kesilapan teknikal”.

Ia berkata, versi digital ilustrasi itu telah dipinda serta-merta dan versi yang dipinda akan diterbitkan semula hari ini dalam cetakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Minta maaf selesai semua? Dah byk kali isu agama Islam ini dibuat menjadi ‘kesilapan teknikal’ Bendera negara yang menjadi kebanggaan dan identiti negara boleh jadi silap ya? Yang buat graphic dan menulis utk akhbar tu rakyat mana? Kalau dah layak bekerja maknanya umur pun tak muda dah. Dah dewasa. Berpuluh tahun jadi rakyat Malaysia boleh buat silap ya? Sangat tak logik alasan yg diberi. Itu tanda mengada-ngada, sombong dan besar kepala. Kesetiaan semua yang terlibat mmg patut dipersoalkan!

  2. Ianya bukanlah kesilapan, ianya disengajakan untuk melihat reaksi YDPA dan PM.

    YDPA sudahpun bersuara, rakyat masih menunggu apa reaksi yang seorang lagi tu yang sudah dicucuk hidungnya oleh parti chauvanis tersebut?

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here