Mohd Fauzi Mohd Johan yang dilaporkan hilang sejak 14 April 2025.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bernama Mohd Fauzi Mohd Johan, 57, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja menaiki Grab pada jam 9 pagi, 14 April lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kali terakhir Mohd Fauzi dilihat di Sutera Damansara Jalan PJU10/17, Damansara Damai, dekat Petaling Jaya.

Menurutnya, lelaki itu memiliki ketinggian 174 sentimeter, berat lebih kurang 80 kilogram dan berkulit putih.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa diminta berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat ASP Mohd Nasir Mustapha di talian 013-286 0448 atau 03-61421222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya 03-79662222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here