KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak lega apabila hampir semua polisinya yang dahulu dikritik oleh pihak lawan telah dilaksanakan dengan baik oleh Kerajaan Madani.
Ia melibatkan penerusan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kerjasama Proton-Geely, pelaburan dn hubungan diplomatik yang baik dengan China, projek TRX, Lynas dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang kini ditukar nama kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Selain itu, kerajaan juga meneruskan konsep GST (cukai barangan dan perkhidmatan) walaupun lagi baik jika GST diteruskan kerana keadaan merumitkan.
Katanya, Najib menghitung projek-projek yang diteruskan oleh kerajaan dengan jari.

“Bossku menyatakan bahawa Kerajaan Madani telah melakukan yang baik, tentang meneruskan polisi-polisi beliau yang dulunya dikritik pihak lawan
“Walaupun beliau dikritik sebelum ini atas dasar-dasar ini sebelum ini, beliau lega, hampir kesemuanya diteruskan oleh Kerajaan Madani,” kata pemilik Facebook Ulasan Cina Apek.
Katanya, kelegaan itu dizahirkan oleh Najib semasa dia dan Datuk P. Kamalanathandan berbual selama setengah jam semasa mahkamah rehat.
Menurutnya, dalam pertemuan itu, Najib hanya mahu tahu tentang isu negara, ekonomi dan keselesaan rakyat Malaysia.
Biarpun bekas perdana Menteri iyu tidak menyentuh keadaan dirinya, namun Najin sihat, cuma kakinya sakit kadang-kala.
Tambah beliau lagi, semasa berbual, Najib turut menyatakan kesedihan atas pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi. – MalaysiaGazette