Kakitangan Prasarana sibuk memantau pergerakan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di pusat kawalan menjelang MRT tersebut akan mula beroperasi pada 16 Jun ini di Depot MRT Sungai Buloh, Selangor. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperketat proses semakan berkaitan visual iklan dalam rangkaian rel dan bas di Lembah Klang supaya tidak menimbulkan isu sensitif  kepada orang ramai.

Prasaran menerusi kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil iktibar atas maklum balas berkaitan visual iklan pada salah sebuah tren Rapid KL kendalian mereka.

Katanya, visual iklan tersebut telah melalui proses yang sewajarnya, termasuk semakan oleh pihak dalaman dan luaran, merangkumi aspek-aspek seperti sensitiviti kaum, agama dan sosial, sebelum visual tersebut dicetak dan dipaparkan.

“Kandungan visual iklan tersebut yang mempromosikan produk penjagaan diri turut menggambarkan pelbagai situasi harian yang melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang yang menggunakan pengangkutan awam.

“la bertujuan untuk memaparkan kepentingan penggunaan produk penjagaan diri dan tidak menyasarkan mana-mana individu atau komuniti tertentu.

“Walau bagaimanapun, visual iklan ini telah dikeluarkan daripada tren perkhidmatan laluan Ampang/Sri Petaling setelah menerima maklum balas daripada pengguna,” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, sebagai pengendali pengangkutan awam yang bertanggungjawab, Prasarana menghargai maklum balas dan pandangan masyarakat terutamanya apabila ia boleh disalah tafsir sebagai suatu bentuk sasaran kepada kepada individu atau komuniti tertentu.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan keprihatinan orang ramai yang berterusan terhadap penggunaan pengangkutan awam,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here