Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika beraksi acara basikal trek keirin lelaki suku akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome. Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak ke separuh akhir Keirin lelaki.

KUALA LUMPUR – Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom kini semakin menghampiri gelaran atlet nombor satu sukan itu di Malaysia sekali gus menakluk ranking dunia pecut lelaki elit dalam tempoh terdekat.

Menerusi ranking terbaru Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Olimpian negara itu memperbaharui pencapaian terbaiknya selepas menduduki rankingketiga dunia kategori pecut individu elit dengan pungutan 5174 mata di belakang wakil Columbia.

Jaguh dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen kini mendominasi ranking pecut lelaki elit dengan 8,300 mata.

Shah atau dikenali sebagai ‘The Terminator’ sebelum ini mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye, Mac lalu.

Kejayaan sensasi dilakar pelumba berusia 29 tahun di Turkiye ialah pingat emas pertama diraihnya pada kejohanan UCI sekali gus pencapaian terbesar dalam kerjayanya setakat ini.

Shah Firdaus bukan satu-satunya wakil Asia dalam kelompok 10 pelumba pecut terbaik dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here