Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar.

KUALA LUMPUR – Ketiadaan simbol bulan sabit dalam Jalur Gemilang yang disiarkan oleh Sin Chew Daily adalah satu kekhilafan serius yang perlu dinilai bukan hanya dari sudut teknikal, tetapi juga dari segi simbolik dan perlembagaan negara.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, bulan sabit bukan sekadar lambang, sebaliknya manifestasi identiti negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Katanya, ia melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan, seperti termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan.

“Maka, ketiadaan lambang ini memberi gambaran yang amat tidak wajar, seolah-olah identiti itu dipadam atau diketepikan.

“Kami tidak menuduh niat jahat, namun dalam konteks hubungan antarabangsa dan siaran media arus perdana, kecuaian terhadap simbol kedaulatan tidak sepatutnya berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, pihaknya menyeru agar Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan wajar untuk menyiasat serta bertindak dan mengeluarkan garis panduan jelas.

Katanya, semua media, tanpa mengira latar belakang, wajib menghormati lambang rasmi negara.

Tambah beliau, rakyat Malaysia perlu dididik untuk memahami dan menghargai setiap elemen Jalur Gemilang sebagai simbol kesatuan dan jati diri bangsa di semua peringkat.

“Patriotisme mesti berlandaskan kefahaman, bukan sekadar permohonan maaf selepas insiden,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, syarikat akhbar Sin Chew Daily telah memohon maaf atas ilustrasi di muka depannya yang mempunyai kesilapan apabila Jalur Gemilang tidak mempunyai anak bulan.

Menerusi kenyataan, akhbar berbahasa Cina itu mengaitkannya dengan “kesilapan teknikal”.

Ia berkata, versi digital ilustrasi itu telah dipinda serta-merta, dan versi yang dipinda akan diterbitkan semula hari ini dalam cetakan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ianya bukanlah suatu kekilafan, ianya disengajakan! Susah sangat ke nak faham?

    Mungkin ianya dibuat sempena menyambut kedatangan seorang ketua sebuah negara komunis disini.

    Komunis bukan sahaja ideologi, ianya adalah DNA yang diwarisi.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here