Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Polis menerima satu aduan mengenai aktiviti penipuan dalam talian membabitkan seorang warga Jerman hingga menyebabkan kerugian lebih RM3 juta.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar berkata, laporan berkenaan diterima di daerah Sepang dan satu kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati modus operandi yang digunakan oleh suspek adalah menerusi emel yang meminta mangsa membuat akaun di UBS Bank Malaysia dan menyatakan  wang akan dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

“Untuk mendapatkan wang itu, mangsa diminta membuat pembayaran cukai kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak RM3,089,800 ke dalam akan Bank Islam atas nama Syarikat Success Glory Global dengan jumlah transaksi lebih kurang 25 kali,” katanya dalam kenyataan.

Hussein berkata, mangsa terpedaya kerana suspek telah menunjukkan dokumentasi rasmi sehingga memaksanya melakukan transaksi seperti diarahkan.

Polis memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berwaspada sekiranya menerima emel atau panggilan yang tidak dikenali serta meragukan.

Laporan boleh dibuat dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau talian hotline PDRM untuk melapor jika menerima emel atau panggilan yang mencurigakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here