KUALA LUMPUR – Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) meneruskan siri jelajah kesembilan zon seluruh negara bermula 19 April sehingga 18 Mei depan dengan bermula di dua zon iaitu Sandakan, Sabah dan Kuala Nerus, Terengganu.

JMU 2025 yang diajurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini merupakan antara inisiatif utama KPT dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar seluruh negara, terutamanya lepasan SPM, STPM dan setaraf.

Karnival ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.

Melalui karnival ini, pelajar akan didedahkan dengan panduan lengkap proses permohonan UPUOnline®, pilihan program pengajian mengikut minat dan kelayakan, peluang tajaan, pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan, interaksi terus bersama wakil IPTA dan alumni dan pelbagai aktiviti bermanfaat dan interaktif.

Selain menghadiri secara fizikal, pelajar dari seluruh negara juga boleh mengikuti JMU 2025 secara maya menerusi siaran langsung dan perkongsian kandungan di media sosial rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA).

Kementerian turut menyeru semua pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor serta orang awam untuk mengambil bahagian dalam JMU 2025 bagi mendapatkan maklumat, membuat pilihan tepat dan membina masa depan yang lebih terancang dalam pendidikan tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here