Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada media berkenaan pendengaran dan rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi empat kesalahan pecah amanah berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 17 APRIL 2025
PUTRAJAYA – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan nasib dirinya kepada Allah SWT berhubung sabitan dan hukuman empat tuduhan pecah amanah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Muar berkata, beliau akan menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat panel tiga hakim dalam prosiding pendengaran rayuan pagi ini.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
“Saya letakkan nasib saya di tangan Allah dan sistem kehakiman yang saya hormati dan amati,” katanya kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman, di sini, hari ini.
Turut hadir ahli keluarga termasuk ibu dan bapanya serta selebriti Bella Astillah.
Pada pendengaran 19 dan 20 Mac lalu, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, selesai mendengar hujahan peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik.
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap pada media berkenaan pendengaran dan rayuan terhadap sabitan dan hukuman bagi empat kesalahan pecah amanah berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Foto AIZAT ZAINAL, 17 APRIL 2025
Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta.
Ia selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman terhadap dirinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here