Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu mangsa banjir di Kampung Maju Jaya, Johor Bahru dipindahkan ke PPS hari ini .

JOHOR BAHRU – Seramai 1,089 keluarga mangsa banjir di Johor yang tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM3,000 setiap seorang hari ini dan esok.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan sebanyak RM3.26 juta disediakan bagi pembayaran fasa kedua.

“Bantuan kedua ini merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).

“Bayaran fasa pertama telah dilaksanakan pada 27 Mac lalu, manakala pembayaran fasa ketiga akan dibuat pada bulan Mei, selepas tarikh tutup rayuan pada akhir April ini.

“Walaupun tempoh rayuan masih dibuka, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif untuk menyampaikan bantuan secara berperingkat bagi memastikan mereka yang terjejas dapat dibantu segera,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Onn Hafiz, rayuan masih boleh dikemukakan di enam pejabat daerah yang terlibat iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat.

Kerajaan negeri ujar beliau, menzahirkan komitmen untuk terus membantu mangsa banjir demi kesejahteraan dan kestabilan hidup rakyat yang terkesan.

“Semoga segala bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir serta memberi sinar harapan untuk mereka bangkit semula,” katanya.

Banjir yang melanda negeri ini pada 19 Mac lalu disifatkan penduduk terjejas sebagai antara yang terburuk pernah berlaku selepas bencana banjir besar pada 2006.

Bencana itu melibatkan beberapa daerah di Johor termasuk Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here