Seorang wanita parah selepas motosikal yang ditungganginya terbabas akibat terlanggar lubang - Foto Ihsan media sosial

KUALA LUMPUR – Seorang wanita parah selepas motosikal yang ditungganginya terbabas akibat terlanggar lubang di permukaan jalan di laluan FT 147, Jalan Selama – Bagan Serai, Perak, awal pagi tadi.

Mangsa yang dalam perjalanan dari Sungai Malau menuju tempat kerjanya di Alor Pongsu, dipercayai tidak menyedari keadaan jalan yang tidak rata sebelum insiden berlaku.

Menurut adik mangsa, dia dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 6.45 pagi dan segera menuju ke lokasi. 

Dalam kenyataan laman Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku (BSKH), setibanya di tempat kejadian, dia mendapati mangsa terbaring di tepi jalan dengan motosikal berada beberapa meter jauh darinya.

“Saya percaya kemalangan ini berlaku akibat permukaan jalan yang berlubang dan tidak sekata, menyebabkan kakak saya hilang kawalan dan terbabas,” katanya.

Mangsa kini dirawat di bahagian kecemasan Hospital Parit Buntar, dan keadaannya masih dipantau oleh pihak hospital.

Dalam pada itu, dia turut merayu kepada pihak berwajib agar mengambil tindakan segera terhadap masalah tersebut dan memastikan mangsa mendapatkan keadilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here