Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan melancarkan gimik pada majlis perasmian Balai Polis Country Homes, Selangor. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar turut hadir. Foto AIZAT ZAINAL, 18 APRIL 2025.

RAWANG – Polis telah menemui paip gas bawah tanah yang meletup di Putra Heights dan sedang dianalisa oleh pasukan forensik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, analisa itu dijalankan pelbagai pihak seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Menurut beliau, laporan awal kebakaran itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh seminggu lagi.

“Daripada pihak polis, siasatan masih berjalan dari segi kecuaian atau pun khianat dan satu lagi siasatan bagi pihak DOSH masih berjalan dan begitu JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).

“Jadi kita tunggu dalam seminggu lagi kita akan keluarkan laporan awal. Ini kerana sudah mula hampir selesai dan kita sudah jumpa paip yang meletup.

“Jadi kajian forensik sedang berlaku sekarang ini dari forensi PDRM, DOSH bersama dengan forensik bomba di mana laporan awal dalam seminggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Balai Polis Country Homes okeh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pada 1 April lalu, saluran paip gas milik Petronas terbakar dengan api menjulang lebih 30 meter dan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius, sekali gus menyebabkan pihak berkuasa mengambil masa selama hampir lapan jam untuk memadamkannya sepenuhnya.

Sebanyak 87 rumah mengalami kerosakan teruk dan tidak boleh didiami manakala 148 rumah lagi terjejas serta mengalami kerosakan, tetapi boleh didiami setelah melalui proses pembaikan.

Dilaporkan, seramai 111 mangsa masih mendapatkan rawatan di beberapa hospital termasuk Hospital Serdang, Hospital Cyberjaya serta Hospital Putrajaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here