Seorang lelaki maut selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Anggerik 3, simpang masuk Taman Seroja 5, Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Anggerik 3, simpang masuk Taman Seroja 5, Bukit Sentosa, Hulu Selangor semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari apabila MPV terbabit keluar dari taman perumahan dilanggar penunggang motosikal.

Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia manakala pemandu MPV tidak mengalami kecederaan.

“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan punca kematian dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya dalam kenyataan.

Justeru beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta membantu polis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here