Mayat mangsa dibawa oleh pasukan penyelamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Raub bagi tujuan proses bedah siasat.

RAUB – Seorang lelaki warga emas ditemukan selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala di Pusat Rekreasi Jeram Besu, Dong, dekat sini, hari ini selepas pencarian dilakukan selama tiga hari dilakukan.

Ketua Polis Raub, Superintendan Mohd Shahril Abd Rahman berkata, mangsa Mat Salleh Junoh, 63, dijumpai 20 meter dari sungai selepas mangsa disyaki telah dihanyutkan ketika air pasang.

Menurutnya mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat   (SAR) telah menjumpai mangsa di tepi sungai Kg.Batu Cincin Benta.

“Mayat telah berjaya dibawa keluar dari lokasi oleh pihak polis dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Raub pukul 10.30 pagi tadi.

“Op SAR telah dihentikan telah ditamatkan 12.45 malam tadi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu laporan kehilangan warga emas itu dibuat oleh anak bongsunya, Saiful Naim Mat Salleh, 17, selepas seharian mencari bapa beliau gagal.

Menurutnya, pengadu yang bangun dari tidur mendapati ayahnya tiada dan mengesyaki telah menaiki Toyota Avanza kerana kenderaan itu tiada di rumah.

Difahamkan ayah pengadu tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Setelah seharian ayah pengadu tidak pulang ke rumah, anaknya telah keluar mencari dan menjumpai kereta milik ayahnya berada di tempat parkir Pusat Rekreasi Jeram Besu serta pengadu menghampiri kereta tersebut dapati ayah pengadu tiada dalam kereta.

“Pengadu mencari ayahnya di sekeliling kawasan Pusat Rekreasi Jeram Besu tetapi tidak menjumpai jejak ayahnya dan datang ke Balai Polis Dong membuat laporan polis,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Shahril berkata, terdapat saksi di lokasi kejadian melihat mangsa menjala ikan di pusat rekreasi itu sebelum ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga emas hilang ketika menjala di Pusat Rekreasi Jeram Busu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here