Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam merampas satu konsainan cili seberat 14,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM42,000 di Kompleks Kuarantin, Imigresen, Kastam dan Keselamatan (ICQS) di sini, Jumaat lepas.

Rampasan kira-kira jam 9.40 malam itu dibuat selepas pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang membawa sayur segar dari negara jiran.

Pemeriksaan itu kemudian mendapati komoditi cili tersebut tidak mematuhi syarat permit import GPL (Grading, Packaging & Labeling) seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) 2008 atau Sijil Perakuan Pematuhan 3P yang
sah.

Menurut APS, pemeriksaan dijalankan sebagai prosedur biasa ke atas kontena import yang melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam.

Notis di bawah Seksyen 15(1) Akta MAQIS 728 telah dikeluarkan dan barang rampasan ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here