KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan polis selepas disyaki mencuri beg tangan dalam tandas sebuah stesen minyak di Hulu Klang pada 6 April lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pada kejadian berlaku pada jam 11.13 malam itu, mangsa dikatakan telah meletakkan beg tangan jenama ‘Coach’ di dalam tandas sebelum menyedarinya hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Mangsa telah pergi semula ke premis berkenaan pada jam 10 pagi keesokan harinya dan melihat rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam kenyataan i sini, hari ini.
Rrakaman itu mendapati seorang wanita keluar dari tandas sambil memegang beg tangannya lalu beredar dari situ dengan kereta.
Antara barangan di dalam beg tangan milik wanita berusia 36 tahun itu ialah adalah dokumen dan barang-barang peribadi.
Susulan itu, pada 14 April lalu jam 10.15 malam, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya menahan seorang lelaki dan dua wanita di sebuah rumah di Ampang.
Polis kemudian menahan seorang wanita warga Indonesia di sebuah kedai emas di Taman Melawati pada jam 12. tengah malam.
Menurunya, ujian air kencing dapati keempat-empat suspek negatif daripada pengaruh dadah.
Tambah Mohd Azam, suspek lelaki sudah dituduh di mahkamah pada Jumaat lalu mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, manakala suspek wanita dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya. – MalaysiaGazette