KUALA LUMPUR – Pemain sensasi, Faisal Halim sah mengalami kecederaan patah tulang hidung dalam satu insiden ketika perlawanan bola sepak Liga Super 2024 melibatkan pasukan Selangor FC dan PDRM FC malam tadi.
Menerusi Instagram Story miliknya, pemain sayap Selangor itu berkongsi kongsi imej sinar-X kecederaannya dialaminya selepas hidungnya terkena siku kapten pasukan lawan, Faith Friday Obilor pada minit ke-54 perlawanan.
Faisal turut berkongsi gambar luka di bahagian hidungnya.
Perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan Selangor memperoleh kemenangan 2-0 ke atas PDRM.
Untuk rekod, nama Faisal turut kecoh pada Mei tahun lalu apabila dia menjadi mangsa serangan di sebuah pusat beli-belah di
Kota Damansara.
Dalam kejadian itu, Faisal mengalami melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenal dan belum dapat dikesan sehingga kini. – MalaysiaGazette
