Wan Rosdy Wan Ismail

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang menegaskan kerajaan negeri itu telah menguatkuasakan undang-undang kepada penceroboh tanah haram sejak tahun 2019 lagi.

Menurutnya, dulu sesiapa yang menceroboh tanah negeri ini hanya dikenakan kompaun, tetapi kini tidak lagi.

“Kalau ada tohmahan, ada cerita yang mengatakan kerajaan negeri tidak mengambil tindakan, tuan-tuan boleh tengok rekod,” kata Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail video yang disiarkan oleh Pahang Media hari ini.

Tegasnya, bermula tahun 2023 tiada lagi kompaun.

Sebaliknya, pencerohoh akan diheret ke muka pengadilan untuk mendidik dan membuktikan Kerajaan Negeri Pahang tidak berkompromi dengan sesiapa sahaja yang menjalankan aktiviti tersebut.

Dua minggu lepas, katanya, dua individu yang meneroka tanah secara haram telah pun didenda sebanyak RM100,000 seorang.

Selain itu, antara kes terbaharu adalah pada tahun lalu iaitu melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar (404.6 hektar) di Hutan Simpan Sungai Perdak, Bentong yang diceroboh untuk aktiviti penanaman pokok durian secara haram.

“Yang terkini ialah sebanyak 1,000 ekar di kawasan Bentong. Ketika itu (tahun lalu) saya saja meronda.. Kerajaan Negeri sewa helikopter.. Saya naik, saya ronda seluruh negeri Pahang.

“Tiba-tiba di Hutan Simpan Sungai Perdak, terdapat di tengah-tengah hutan, saya tengok daun hutannya lain daripada itu yang lain. Saya mintak juruterbang rendahkan helikopter dan saya dapati daun itu adalah daun pokok durian. Sebanyak 1,000 ekar telah ditanam secara haram.

“Dan (susulan itu) saya telah mengarahkan pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pegawai Daerah dan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) supaya mengambil tindakan serta merta supaya tanah tersebut dapat dikembalikan kepada Kerajaan Negeri di Hutan Simpan Sungai Perdak. Itu yang terkini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here