Gambar hiasan

KUALA LUMUR – Peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermula dari RP1, RP2, RP4 dan RP5 yang diterima oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) berjaya memberi impak yang besar dalam merealisasikan agenda pendigitalan negara dalam memperkasakan POLYCC Digital.

Bermula dengan RP1 peruntukan sebanyak RM3.5 juta telah dimanfaatkan bagi Pembangunan Digital Library POLYCC yang telah memberi manfaat kepada 142 institusi.

Projek ini merupakan inisiatif JPPKK dalam mewujudkan ekosistem perpustakaan secara maya untuk menyediakan capaian kepada bahan-bahan pembacaan digital seperti ebook, video pembelajaran dan eJournal.

Projek ini juga dilengkapi dengan sistem perpustakaan bersepadu KOHA, kata JPPKK.

Menurutnya, peruntukan RP2 pula adalah sebanyak RM20 juta, sebahagian peralatan usang Sistem Rangkaian Kampus bagi 33 buah politeknik telah dilaksanakan secara tidak berstruktur dan gantian kepada peralatan yang rosak sahaja. Projek ini akan selesai sepenuhnya pada 2025.

Peruntukan bagi RP4 dilihat sebagai turning point untuk JPPKK memberi fokus kepada projek perluasan wifi bagi fasa pertama yang telah memberi manfaat kepada tujuh politeknik dengan kos keseluruhan RM9 juta dan tempoh perlaksanaan selama dua tahun dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.

“Apabila projek ini siap, peratusan capaian wifi akan meningkat kepada 68 peratus. Selain dari itu melalui peruntukan RP4 juga, JPPKK telah menerima sebanyak RM5 juta untuk Pembangunan semula aplikasi SPMP versi 2.0,” tambahnya dalam kenyataan di sini.

Majlis Penyerahan Surat Pemakluman Projek ICT RMKe-12 disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail semasa di Politeknik Kota Bharu.

Ia merupakan simbolik kepada perlaksanaan projek dan perlu disiapkan untuk tempoh masa yang telah ditetapkan.

Keberhasilan projek ini dilihat akan memberi manfaat kepada 100,000 orang pelajar POLYCC dan komuniti setempat pada masa akan datang.

Seterusnya, dalam RP5 kesinambungan perluasan wifi fasa 2 tedengan kos peruntukan sebanyak RM15.6 juta  akan memberi manfaat kepada sembilan buah politeknik dan projek ini dijangka siap pada 2026.

Sebaik sahaja projek fasa ini selesai, maka capaian wifi Politeknik akan meningkat kepada 83.6 peratus secara keseluruhan.

Peruntukan RP5 ini juga akan melibatkan projek gantian usang di 16 Kolej Komuniti dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 juta yang akan dilaksanakan dan dijangka siap pada tahun 2025.

Bagi mencapai capaian liputan wifi 100 peratus dalam kampus pada tahun 2025, POLYCC telah dimasukkan dalam senarai projek perluasan wifi oleh MCMC dalam Fasa 2 yang sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Jun 2025.

JPPKK menambah, keberhasilan daripada peruntukan RP4 dan RP5 dalam projek perluasan wifi dan digabungkan dengan peruntukan perluasan wifi 100 peratus pada sekitar Jun dan Julai 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here